Tunda dan tunda lagi!

Begitulah nasib peminat filem MCU di Malaysia, apabila tayangan filem Thor: Love & Thunder yang telahpun ditunda sebelum ini, kini ditunda lagi! Pengumuman penundaan tersebut telah disahkan oleh Walt Disney Studios Malaysia, seperti mana dilaporkan oleh laman media sosial pawagam TGV dan GSC. 

BERKAITAN: Disney Menunda Tarikh Tayangan Filem Thor: Love and Thunder Di Malaysia

Filem Thor: Love and Thunder sebelum ini dijadualkan untuk tayangan di Malaysia pada 7 Julai 2022, namun telah ditunda ke 21 Julai 2022. Pengumuman terbaharu ini menyebabkan rata-rata peminat filem MCU menjadi marah, dan mula mencari sumber-sumber tidak sah untuk menonton filem tersebut. Tidak kurang juga yang berhajat untuk ke negara seberang untuk menonton filem tersebut, yang tiada sebarang masalah untuk ditayangkan seperti jadual asal. Ini menguatkan lagi sangkaan ramai yang beranggapan penundaan ini ada kaitan dengan kontroversi satu lagi filem Disney sebelum ini, iaitu Lightyear yang juga tidak ditayangkan di Malaysia.

Bagi peminat yang masih menantikan tarikh tayangan filem Thor: Love and Thunder, diharapkan teruskan bersabar. Itupun jika Disney berlembut hati dan masih meneruskan perancangan untuk menonton filem tersebut di pawagam. 

Ataupun mungkin, kemungkinan ianya akan terus ditayangkan di saluran Disney+ Hotstar? Nantikan pengumuman selanjutnya dari Disney.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post