'Fenomena' yang dicatatkan oleh filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan nampaknya masih belum reda, dengan pawagam masih mencatatkan rekod kunjungan menggalakkan untuk filem tempatan tersebut sehingga menenggelamkan tayangan filem-filem antarabangsa. Terbaharu, filem Mat Kilau:  Kebangkitan Pahlawan dilaporkan telah mencatatkan kutipan memberangsangkan, iaitu sebanyak lebih RM71 juta hanya selepas 21 hari ditayangkan! Hebat bukan?

Jumlah kutipan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan tersebut ternyata mengejutkan, dan telah memecahkan rekod filem paling laris di Malaysia yang sebelum ini dipegang sebuah lagi filem arahan Syamsul Yusoff, iaitu filem Munafik 2 (2018) yang mencatatkan kutipan sebanyak RM48 juta.

BERKAITAN: Review Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) - Membangkitkan Semangat!

Sambutan luar biasa ini ternyata mengejutkan nenerbit filem tersebut, Abdul Rahman Mat Dali bersyukur filem pertama terbitan syarikatnya diterima baik penonton. Menurut beliau yang ditemuramah BH Online:

Terus terang, saya tidak jangka filem Mat Kilau mampu mencetuskan fenonema begini. Tujuan saya terbitkan filem ini adalah pertamanya, untuk memperkenalkan hiburan bermanfaat kepada penonton. Tetapi tidak sangka daripada niat itu, dua perkara kami dapat iaitu isi waktu penonton dengan hiburan yang bermanfaat dan meraih kutipan yang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah, kami amat bersyukur kerana tidak sangka filem Mat Kilau dapat kutipan sebanyak ini. Saya tidak sangka sama sekali filem ini kena dengan jiwa penonton sehingga ada yang menyaksikannya berulang kali.

Diterajui Datuk Adi Putra, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sedang ditayangkan di pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura, dan dijangka memasuki pawagam Indonesia menjelang 31 Ogos ini.

Menurutnya lagi, melihatkan sambutan menggalakkan dari penonton filem, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menyatakan tiada tarikh akhir ditetapkan untuk filem berkenaan ditayangkan di pawagam tempatan, selagi pawagam masih mahu memberi slot tayangan atas permintaan penonton.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post