Penggambaran penuh filem sains fiksyen Dune: Part Two arahan Denis Villeneuve dilaporkan akan bermula tidak lama lagi!

Menurut laporan portal Deadline, sambungan filem yang ditunggu-tunggu itu dijadualkan akan memulakan penggambaran pada 21 Julai ini di Budapest, Hungary. Laporan tersebut juga menyatakan yang pra-penggambaran filem tersebut telahpun dimulakan di Itali, dan menjalani penggambaran di Carlo Scarpa.

Tarikh tayangan filem Dune: Part Two pada awalnya dijadualkan pada 20 Oktober 2023, namun ditunda ke 17 November 2023, yang akan menyaksikannya bersaing dengan 2 buah filem lain iaitu The Hunger Games: The Ballad of Songbirds and Snakes, dan filem fantasi komedi If lakonan John Krasinski dan Ryan Reynolds.

Dune: Part Two menampilkan barisan pelakon seperti Timothée Chalamet, Rebecca Ferguson, Stellan Skarsgård, Dave Bautista, Zendaya, Javier Bardem, dan Josh Brolin. Ianya turut menampilkan Christopher Walken sebagai Maharaja Shaddam IV, Florence Pugh sebagai Puteri Irulan, Austin Butler (yang masih segar lakonannya dalam filem Elvis, sebagai Feyd-Rautha) dan Léa Seydoux sebagai Lady Margot.

Filem Dune (2021) mendapat pujian dan kritikan yang menggalakkan di kalangan pengkritik filem, selain mendapat 10 pencalonan Anugerah Academy, selain berjaya membolot 6 anugerah termasuklah Best Original Score, Best Sound, Best Film Editing, Best Cinematography, Best Production Design, dan Best Visual Effects.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post