Studio perfileman Lionsgate telah mengumumkan tarikh tayangan filem prekuel The Hunger Games, bertajuk Ballad of Songbirds and Snakes di acara CinemaCon baru-baru ini.

Satu teaser trailer pendek yang hanya menunjukkan tarikh tayangan dan frasa "The world will discover… who is a song… and who is a snake” juga turut diperlihatkan. Walau bagaimanapun, tiada pengumuman senarai barisan pelakon yang akan membintangi filem Ballad of Songbirds and Snakes tersebut, yang akan ditayangkan pada 17 November 2023. 

Filem Ballad of Songbirds and Snakes berdasarkan novel prekuel karya Suzanne Collins yang diterbitkan pada 2020, dan mengambil latar 64 tahun sebelum kejadian dalam trilogi filem The Hunger Games.

Berikut adalah sinopsis rasmi filem Ballad of Songbirds and Snakes:

“In this return to The Hunger Games, years before he would become the tyrannical President of Panem, 18-year-old Coriolanus Snow sees a chance for a change in fortunes when he is chosen to be a mentor to Lucy Gray Baird, the girl tribute from impoverished District 12".

Francais filem The Hunger Games terdiri daripada 4 buah filem iaitu The Hunger Games (2012), The Hunger Games: Catching Fire (2013), The Hunger Games: Mockingjay - Part 1 (2014)  dan The Hunger Games: Mockingjay - Part 2 (2015), yang telah mencatatkan kutipan sebanyak hampir USD3 bilion.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post