SembangFilem_The_Hunger_Games-_Catching_Fire_62


Trailer akhir bagi sambungan filem The Hunger Games, bertajuk The Hunger Games: Catching Fire, telahpun boleh ditonton oleh semua. Filem arahan Francis Lawrence ini dijadualkan bakal menemui penonton di pawagam pada 22 November 2013 nanti.




Filem ini kembali menampilkan Jennifer Lawrence sebagai Katniss Everdeen, selepas kemenangannya dalam Annual Hunger Games ke-74 dalam filem sebelum ini. Kali ini, Katniss akan bertarung dalam Annual Hunger Games ke-75, atau dikenali sebagai The Quarter Quell - yang menemukan pemenang-pemenang Hunger Games terdahulu dalam pertarungan sengit antara hidup dan mati.


Bagaimanakah nasib Katniss nanti? Dan bagaimanakah Panem bertindakbalas terhadap 'kekejaman' pihak Capitol? Semuanya akan terjawab pada 22 November 2013 nanti.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post