Akhirnya trailer yang ditunggu-tunggu telahpun tiba! Selepas beberapa lama hanya dihidangkan dengan tweet gambar-gambar dari lokasi penggambaran oleh pengarah filem X-Men: Days Of Future Past iaitu Bryan Singer, akhirnya trailer pertama filem X-Men: Days Of Future Past telahpun boleh ditonton. Saksikan pautan trailer seperti di bawah :



Dijadualkan menemui penonton pada 22 Mei 2013, filem X-Men: Days Of Future Past ini menemukan dua penceritaan filem X-Men, iaitu original trilogi X-Men, X2: X-Men United dan X-Men: The Last Stand dengan filem X-Men: First Class. Selain watak mutant kegemaran ramai seperti Professor X, Magneto, Wolverine dan Iceman, trailer ini turut menampilkan watak mutant baru seperti Bishop, Sunspot, Warpath dan Blink.

Tapi sayang, watak robot gergasi pemburu mutant, Sentinel tidak dipaparkan dalam trailer ini. Mungkin belum siap proses CGI agaknya. Yang adapun hanyalah dalam gambar yang ditweet oleh pengarahnya sebelum ini.

Pastinya dalam trailer selepas ini, akan dipaparkan pula Sentinel sedang beraksi. Fuhhh tak sabar nak tengok!

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post