Baru sahaja memulakan tayangan musim ketiganya di saluran Disney+ Hotstar, namun siri animasi Ejen Ali telahpun terpalit dengan masalah cetak rompak. 

Untuk rekod, Ejen Ali Musim 3 baru sahaja ditayangkan sebanyak 2 episod di Disney+ Hotstar, namun telah terdapat beberapa pautan ke pelbagai laman sosial dan platform penstriman untuk menonton atau memuat turun Ejen Ali Musim 3 secara cetak rompak. Perkara ini semenangnya amat menyedihkan, dan memaksa pihak WAU Animation mengeluarkan kenyataan berikut di media sosial mereka:


Sekiranya anda merupakan peminat animasi Ejen Ali dan menyokong usaha mengetengahkan siri animasi tempatan ke persada dunia, maka hentikan aktiviti cetak rompak dan langganlah di saluran yang disediakan untuk menonton animasi Ejen Ali Musim 3

Episod baharu Ejen Ali akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu, jam 3.00 petang di saluran Disney+ Hotstar.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post