Squid Game musim 2 secara rasminya akan dihasilkan!

Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh pengarah, penulis dan penerbit eksekutif Squid Game, Hwang Dong-hyuk, dalam satu acara Netflix FYSEE di Los Angeles pada 12 Jun lalu, beserta satu surat yang menceritakan kemungkinan kembalinya watak-watak dari musim 1 dahulu, selain memperkenalkan watak-watak baharu. Saksikan surat tersebut di bawah:

Squid Game merupakan siri yang ditayangkan di Netflix, terdiri dari 9 episod dan dibintangi oleh Lee Jung-Jae dan Park Hae-Soo. Ianya mengisahkan tentang sekumpulan orang yang menerima satu jemputan misteri untuk menyertai satu permainan. Kesemua 456 peserta permainan tersebut datang dari pelbagai latar belakang, dikumpulkan di suatu lokasi rahsia, dan bermain permainan disediakan dengan wang kemenangan berjumpah 45.6 billion won. Walaupun permainannya hanyalah permainan tradisional Korea, namun peserta berdepan dengan maut jika gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam permainan tersebut. 

Selaras dengan pengumuman ini juga, Young-hee ataupun patung ‘Red Light, Green Light’ dari siri Squid Game itu kini dipamerkan di hadapan Fahrenheit88 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari 13 Jun lalu dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post