Trailer musim kedua siri anime Pacific Rim: The Black yang ditayangkan secara ekslusif di Netflix kini telah diperlihatkan. Sekali lagi, Kaiju dan Jaeger bakal 'bertempur' dalam anime itu, yang dijadualkan akan ditayangkan di saluran penstriman Netflix bermula 19 April 2022. Saksikan trailer Pacific Rim: The Black musim kedua tersebut di bawah :

BERKAITAN: Tarikh Tayangan Pacific Rim: The Black Musim Kedua Diumumkan!

Pacific Rim: The Black mula disiarkan pada Mac 2021 dengan hanya 7 episod. Siri ini mengisahkan tentang pertembungan antara robot Jaeger dan Kaiju, dan diletakkan dalam dunia dan garis masa yang sama dengan dua filem Pacific Rim sebelum ini. Di masa hadapan, Kaiju telah berevolusi dan memusnahkan hampir keseluruhan Australia. Walaupun dengan adanya Jaeger, akhirnya manusia menemui kegagalan dan akhirnya benua tersebut ditinggalkan dengan hanya sebilangan kecil sahaja manusia yang terselamat. Pasangan adik-beradik, Taylor dan Hayley Travis yang ditinggalkan oleh kedua ibu bapa mereka (yang merupakan pilot Jaeger) telah menemui sebuah robot Jaeger yang ditinggalkan, bernama Atlas Destroyer dan telah menggunakan Jaeger tersebut untuk mencari kedua ibu bapa mereka. Malangnya, mereka berdua terpaksa berhadapan dengan ancaman Kaiju, di samping manusia lain yang cuba merampas Jaeger tersebut daripada mereka. 

Filem Pacific Rim (2013) dibintangi Charlie Hunnam, Idris Elba, Rinko Kikuchi, Ron Perlman dan Charlie Day, menampilkan pertarungan antara robot gergasi bergelar Jaeger dengan raksasa digelar Kaiju yang datang dari dunia lain. Sambungan filem itu, Pacific Rim: Uprising (2018) pula menampilkan pelakon seperti John Boyega, Scott Eastwood dan Cailee Spaeny.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post