Siri Ironheart yang merupakan satu lagi siri yang diumumkan untuk penstriman di Disney+, kini telah menyenaraikan dua pengarah untuk mengarahkan siri tersebut, selain turut menyenaraikan pengarah filem Black Panther sebagai penerbit eksekutif.

BERKAITAN: Robert Downey Jr. Mahukan Watak Ironheart Muncul Dalam MCU

Menurut laporan The Hollywood Reporter, Sam Bailey dan Angela Barnes akan bertindak sebagai pengarah, manakala Ryan Coogler akan bertindak sebagai penerbit eksekutif. Perancangan ini tidaklah mengejutkan, kerana watak Riri Williams/ Ironheart (lakonan Dominique Thorne) dijangka akan diperkenalkan dalam filem terbaharu Black Panther, iaitu Black Panther: Wakanda Forever yang turut diarahkan oleh Coogler, dan membolehkan pengarah tersebut merancangan penceritaan yang lebih baik untuk watak Ironheart

BERKAITAN: Marvel Merancang Menjadikan Ironheart Sebagai Iron Man Terbaharu MCU?

Watak Riri Williams dicipta oleh Brian Michael Bendis dan Mike Deodato pada tahun 2015. Riri merupakan seorang pelajar MIT berumur 15 tahun yang melakukan reverse engineering terhadap salah satu daripada sut perisai Iron Man. Tony Stark menjadi sangat kagum dan memberikan keizinannya untuk Riri menjadi seorang superhero. Riri kemudiannya merekacipta semula sut perisainya dan menjadi Ironheart. Sut perisai Ironheart memiliki A.I. yang berdasarkan minda Tony Stark. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post