Selepas kembalinya hak tayangan watak Daredevil kepada Marvel Studios, dan kemunculan Matt Murdock dalam filem Spider-Man: No Way Home, nampaknya Marvel Studios tidak menunggu lama untuk membawa watak Daredevil terus ke MCU.

BERKAITAN: Kurang Dari 6 Bulan Sebelum Hak Tayangan Watak Daredevil Kembali Kepada Marvel Studios

Menurut sumber dari Production Weekly, Marvel Studios dilaporkan sedang giat merancang penghasilan sirivreboot Daredevil. Walaupun masih belum ada perincian khusus, dijangka Charlie Cox akan kembali sebagai Matt Murdock/ Daredevil, dan kemungkinan ianya akan disiarkan di saluran penstriman Disney+. 

Charlie Cox sebelum ini melakonkan watak Matt Murdock/ Daredevil dalam siri TV Daredevil di Netflix, dan terbaharu telah menyambung semula watak tersebut dalam filem Spider-Man: No Way Home. Selain Cox, seorang lagi pelakon dari siri Daredevil di Netflix, iaitu Vincent D’Onofrio turut menyambung semula wataknya sebagai Kingpin dalam siri Disney+ Hawkeye. Dengan kemunculan kedua-dua watak ini, ianya adalah petanda paling kuat tentang perancangan Marvel Studios untuk menghasilkan siri Daredevil pula dalam masa terdekat. Apatah lagi, siri Daredevil di Netflix sebelum ini ditamatkan hanya pada musim ketiga, dan masih lagi banyak jalan cerita yang boleh diketengahkan untuk siri tersebut.

BERKAITAN: Siri Daredevil Pula Dibatalkan Oleh Netflix Selepas Tiga Musim

Terkini, kesemua siri TV Marvel yang disiarkan di Netflix sebelum ini, iaitu Daredevil, The Punisher, Iron Fist, Jessica Jones, Luke Cage dan The Defenders telah 'kembali' kepada Marvel dan kini disenaraikan untuk tayangan di saluran penstriman Disney+. Walau bagaimanapun, ianya tidak tersenarai dalam senarai tayangan utama MCU. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post