Setelah menunggu sekian lama, akhirnya Marvel Studios telahpun memperlihatkan trailer pertama siri Disney+ terbaharu mereka, iaitu Moon Knight, yang diterajui oleh Oscar Isaac sebagai pemegang watak utama. Saksikan trailer pertama Moon Knight di bawah : 



Untuk mereka yang agak asing dengan watak Moon Knight ini, berikut adalah sedikit sinopsis tentang siri Disney+ tersebut :

“The series follows Steven Grant, a mild-mannered gift-shop employee, who becomes plagued with blackouts and memories of another life. Steven discovers he has dissociative identity disorder and shares a body with mercenary Marc Spector. As Steven/Marc’s enemies converge upon them, they must navigate their complex identities while thrust into a deadly mystery among the powerful gods of Egypt. ”


Siri Disney+ terbaharu dari Marvel Studios ini akan menyaksikan kemunculan pertama watak aksi hidup Marc Spector/ Moon Knight, yang dijangka akan membuat kemunculan juga dalam filem-filem MCU yang akan datang. Selain Oscar Isaac sebagai watak utama, siri Moon Knight akan turut dibintangi oleh Ethan Hawke, Gaspard Ulliel dan May Calamawy.

Watak Moon Knight dicipta oleh Doug Moench dan Don Perlin pada tahun 1975, yang merupakan watak samaran kepada Marc Spector.

Siri Disney+ Moon Knight dijadualkan untuk tayangan bermula 30 Mac 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post