Tiga tahun berlalu sejak filem The Equalizer 2 ditayangkan. Dan kini, telah disahkan yang Denzel Washington akan kembali ke layar perak untuk filem The Equalizer 3 pula. 


Perkara ini disahkan sendiri oleh beliau dalam satu sesi temuramah bersama Collider, selain turut mengesahkan yang skrip penuh filem The Equalizer 3 juga telah siap. 

Menurut Washington :

“They have written the third Equalizer, so I’m scheduled to do that. So I gotta get in shape and start beating people up again. I get to beat people up again. The Tragedy of Macbeth and then going and beating some people up. Can’t get any better, right?”


Menurut Collider juga, pengarah Antoine Fuqua juga masih dalam perbincangan untuk kembali mengarahkan filem The Equalizer 3, selepas mengarahkan dua filem The Equalizer yang terdahulu. 

Filem The Equalizer adalah berdasarkan siri TV klasik terbitan CBS yang ditayangkan selama 4 musim, iaitu dari tahun 1985-1989. Selain dibintangi Denzel Washington, kedua-dua filem terdahulu turut ditunjangi oleh Bill Pullman, Melissa Leo, David Harbour dan Pedro Pascal. Dua filem The Equalizer terdahulu telah mencatatkan kutipan sebanyak USD190 juta di seluruh dunia. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post