United International Pictures (UIP) telah memperlihatkan trailer pertama filem Sonic the Hedgehog 2 (ya, kami tahu dah terlambat sebenarnya kami share trailer ini). Saksikan trailer tersebut di bawah :


Sonic the Hedgehog 2 menyambung pengakhiran filem pertama dahulu, di mana di penghujung filem tersebut, Dr. Robotnik tercampak ke sebuah dunia asing dipenuhi dengan cendawan, yang menjadikannya semakin gila dan menukarkannya kepada susuk yang kita kenali dari permainan videonya. Selain itu, satu watak tambahan iaitu Tails turut muncul melalui satu portal di langit, dalam usahanya mencari Sonic di Bumi.

Sonic the Hedgehog 2 diarahkan oleh Jeff Fowler, melalui lakon layar oleh Pat Casey & Josh Miller dan John Whittington.

Sonic the Hedgehog 2 dibintangi oleh James Marsden, Ben Schwartz, Tika Sumpter, Natasha Rothwell, Adam Pally, Shemar Moore, Colleen O'Shaughnessey, Idris Elba, dan Jim Carrey.

Berdasarkan watak dari permainan video SEGA, Sonic the Hedgehog 2 dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 28 April 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post