Satu laporan eksklusif dari Deadline telah membawakan khabar yang studio New Line Cinema kini dalam proses untuk menghasilkan filem Mortal Kombat 2, menampilkan Jeremy Slater, penulis lakon layar siri Disney+ terbaharu, Moon Knight sebagai penulis lakon layar untuk filem terbaharu tersebut. 


BERKAITAN: Trailer Penuh Pertama Filem Mortal Kombat Diperlihatkan

Walau bagaimanapun, jalan cerita filem Mortal Kombat ini masih belum didedahkan, dan masih belum jelas samada pelakon-pelakon filem terdahulu akan menyambung semula watak mereka ataupun tidak. Walau bagaimanapun, pelakon watak Sub-Zero, iaitu Joe Taslim telah mengesahkan dalam satu temubual sebelum ini dan meengatakan yang kontraknya termasuklah pilihan untuk dia kembali melakonkan watak yang terkenal di kalangan peminat permainan berasaskan permainan video itu, untuk 4 buah filem lagi!

Filem Mortal Kombat yang ditayangkan pada 2021 menampilkan barisan pelakon hebat seperti Joe Taslim sebagai Sub Zero, Ludi Lin sebagai Liu Kang, Jessica McNamee sebagai Sonya Blade, Josh Lawson sebagai Kano, Tadanobu Asano sebagai Raiden, Mehcad Brooks sebagai Jackson “Jax” Bridges, Chin Han sebagai Shang Tsung, Hiroyuki Sanada sebagai Scorpion, dan Max Huang sebagai Kung Lao.


Mortal Kombat (2021) diarahkan Simon McQuoid, dan walaupun menerima kritikan yang bercampur-campur dari pengkritik filem dan hanya mencatatkan kutipan lebih kurang USD80 juta disebabkan pandemik COVID-19. filem itu menjadi salah satu filem terlaris tontontan di saluran penstriman HBO Max.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post