Selepas filem John Wick, John Wick: Chapter 2 dan John Wick: Chapter 3 - Parabellum, ramai peminat menyangka francais filem John Wick telah berakhir. Tidak lama selepas filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum ditayangkan, pembikinan filem John Wick: Chapter 4 terus diumumkan.


Walaupun jangkaan menyatakan yang filem keempat ini akan mengguna pakai tajuk John Wick: Chapter 4, tetapi perkongsian terbaharu di media sosial menunjukkan ianya berkemungkinan besar tidak berlaku. Gambar-gambar yang menunjukkan seolah-olah barangan promosi filem tersebut jelas menunjukkan nama yang tertera adalah John Wick 4: Hagakure, yang seakan kena dengan latar filem tersebut yang kini mengambil tempat di Jepun.



Hagakure merupakan sebuah buku berupa garis panduan untuk pahlawan Jepun pada zaman dahulu yang dihimpunkan oleh Yamamoto Tsunetomo. Ianya juga dikenali sebagai buku Samurai.

BERKAITAN: Review Filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum (2019) - Penuh Aksi!

John Wick: Chapter 4 telah diumumkan 2 tahun lalu, tidak berapa selepas filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum ditayangkan, yang telah mencatatkan kutipan melebihi USD300 juta di seluruh dunia. Filem John Wick: Chapter 4 akan menyaksikan kembalinya Keanu Reeves sebagai John Wick.

John Wick: Chapter 4 diarahkan oleh Chad Stahelski, dan dijadualkan untuk tayangan pada 27 Mei 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post