Kredit gambar : Entertainment Weekly

Trailer terbaharu filem Marvel Studios, iaitu Eternals kini telahpun diperlihatkan. Saksikan trailer filem Eternals di bawah :

Eternals berdasarkan kepada watak-watak rekaan Jack Kirby dalam komik dengan tajuk yang sama.  Eternals memperkenalkan watak golongan luar biasa, dikenali sebagai Eternals, dan lawan mereka, iaitu Deviants. Dalam dunia komik Marvel, Thanos dan beberapa hidupan di planet Titan juga adalah merupakan dari golongan Eternals. Namun, tidak dapat dipastikan samada MCU akan mengekalkan kesinambungan kisah berkenaan dari komik.

Ketika acara CCXP 2019, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige telah mendedahkan beberapa perincian tentang filem Eternals seperti jalan cerita dan juga watak-watak utamanya. Feige dipetik sebagai berkata :

“The Eternals is an epic that spans 7,000 years of human history, has cosmic connotations, and changes everything we know about the MCU. It’s ambitious, and takes…from present-day to Mesopotamia to all sorts of locations and time periods and really feels like nothing we’ve done before. We will see the Celestials in their full, true, enormous power in Eternals, yes, Deviants are in the film. The Deviants in the comic book mythology were…extremely important plans of the Celestials…and we will see Deviants that look unlike anything we’ve seen in the comics. This is a new form of Deviants that we’ll see in the movie.”


BERKAITAN: Filem The Eternals Kini Telah Selesai Menjalani Penggambaran

Filem Eternals menampilkan barisan pelakon hebat seperti pemenang Anugerah Academy Angelina Jolie (sebagai Thena) dan bintang siri TV Game of Thrones Richard Madden, (sebagai Ikaris). Turut membintangi filem berkenaan adalah Kumail Nanjiani (sebagai Kingo), Lauren Ridloff (sebagai Makkari), Brian Tyree Henry (sebagai Phastos, Salma Hayek (sebagai Ajak), Lia McHugh (sebagai Sprite), Don Lee (sebagai Gilgamesh), Gemma Chan sebagai Sersi, dan Kit Harrington (sebagai Dane Whitman/ Black Knight).

Filem Eternals diarahkan oleh Chloe Zhao, dan akan ditayangkan di pawagam pada 5 November ini.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post