Sony Pictures telah memperlihatkan trailer terbaharu filem Monster Hunter, yang merupakan adaptasi permainan video dengan tajuk yang sama, menampilkan pelakon seperti Milla Jovovich dan Tony Jaa. Saksikan trailer Monster Hunter di bawah :


Monster Hunter mengisahkan watak Artemis yang merupakan ketua pasukan ketenteran PBB (dilakonkan oleh Milla Jovovich) yang terperangkap di dunia lain dikuasai oleh raksasa. Di situ, dia bertemu Hunter (lakonan Tony Jaa), dan kedua-duanya berpadu tenaga untuk menutup portal yang boleh membawa raksasa tersebut menyerang Bumi. 

Selain kedua-dua bintang terbabit, filem Monster Hunter akan turut dibintangi Ron Perlman (Hellboy), T.I. Harris (Ant-Man and The Wasp), Diego Boneta (Rock of Ages) dan Josh Helman (X-Men: Days of Future Past).

Siri permainan video Monster Hunter dari Capcom merupakan permainan role-playing games (RPG) yang menggunakan platform berbilang pemain untum menumpaskan raksasa. Dilancarkan sejak 14 tahun lalu, permainan video tersebut telah menarik minat ramai, dengan permainan video terbaharu, iaitu Monster Hunter: World, mencatatkan jumlah jualan melebihi 49 juta unit di seluruh dunia.

Monster Hunter ditulis dan diarahkan oleh Paul W.S. Anderson, dan bakal ditayangkan pada 30 Disember 2020. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post