Filem Scream 5 kini telahpun selesai penggambaran, dan hanya akan dikenali dengan tajuk Scream.


Penulis lakon layar asal Scream, Kevin Williamson telah berkongsikan di laman Twitter peribadinya tentang perkembangan filem terbaharu dalam francais filem Scream tersebut. 


Menurutnya, penggambaran filem Scream telahpun selesai, dan filem kelima Scream itu hanya akan dikenali dengan tajuk Scream sahaja.

Sebelum ini, filem kelima Scream ini diumumkan sebagai filem reboot di era baharu, walaupun kelihatannya lebih sebagai sebuah filem sambungan kepada francais filem-filem Scream terdahulu. Manakan tidak, boleh dikatakan hampir kesemua barisan pelakon asal akan tampil dalam filem ini, seperti Neve Campbell (melakonkan watak Sidney Prescott), Courteney Cox (melakonkan watak Gale Weathers), dan David Arquette (melakonkan watak Dewey Riley). 

Filem Scream 5 (atau Scream) dijadualkan untuk tayangan pada 14 Januari 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post