Deadline melaporkan yang 20th Century Studios bakal menghasilkan filem Predator 5 dan mereka telahpun menemui pengarah yang sesuai untuk mengarahkan filem kelima Predator itu. 


BERKAITANSaksikan Trailer Filem The Predator - Predator Baru Diperlihatkan!

Pengarah Dan Trachtenberg dilaporkan bakal mengarahkan filem Predator 5, namun jalan ceritanya masih belum belum didedahkan. Walau bagaimanapun, sumber menyatakan yang ianya bukanlah sambungan filem keempat, iaitu The Predator (2018).

Skrip filem Predator 5 akan ditulis oleh Patrick Aison, manakala John Davis yang sebelum ini bertindak sebagai penerbit untuk empat filem terdahulu, akan kembali sebagai penerbit filem Predator 5.

Filem pertama Predator berkisar tentang satu pasukan elit separa tentera yang mengetuai operasi menyelamatkan tebusan di kawasan dikuasai gerila di hutan Amerika Tengah. Walau bagaimanapun, mereka berhadapan dengan makhluk asing dengan teknologi hebat, dan memaksa mereka menggunakan kemahiran survival untuk kekal hidup. Filem Predator dibintangi Arnold Schwarzenegger mendapat sambutan amat menggalakkan dan mencatatkan kutipan hampir USD100 juta dan mendapat pujian dan kritikan positif. Kejayaan filem Predator disusuli dengan 3 filem sambungan, 2 filem crossover dengan francais filem Alien, 5 permainan video serta komik dan novel. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post