Baharu sahaja dibenarkan beroperasi semula (dengan pematuhan SOP ketat) selepas Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu, kini pawagam di Malaysia sekali lagi terpaksa 'menarik brek' selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 13 hingga 27 Oktober di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah, yang kini dilanjutkan pula sehingga 9 November.


Keadaan tidak menentu ini akhirnya telah memaksa Malaysian Association of Film Exhibitors (MAFE) untuk mengangguhkan sementara operasi semua pawagam di seluruh Malaysia bermula hari ini (1 November 2020).

MAFE dalam kenyataan rasminya berkata, ianya merupakan keputusan bersama yang diambil oleh industri berkenaan, mengambil kira situasi semasa, dan juga kurangnya tayangan filem-filem baharu yang mampu menarik para penonton untuk menonton filem-filem terbaharu di pawagam.

Dengan pengumuman ini, hampir kesemua pawagam utama di Malaysia seperti GSC, TGV Cinemas, mmCineplexes dan MBO Cinemas telah mengemaskini laman media sosial merekauntuk memaklumkan tentang penangguhan sementara tersebut. 

Dari aspek filem baharu pula, buat masa ini hanya filem Wonder Woman 1984 terbitan Warner Bros. yang masih mengekalkan jadual tayangan pada bulan Disember ini. 

KOMEN

Previous Post Next Post