Bintang filem yang terkenal kerana melakonkan buat pertama kalinya watak ejen rahsia 007/ James Bond di layar perak, iaitu Sean Connery, telah meninggal dunia di usia 90 tahun. Menurut laporan BBC.com, pelakon berkenaan meninggal dunia dalam tidur.


Kali pertama Sean Connery tampil melakonkan watak James Bond adalah dalam filem Dr. No pada 1962, seterusnya kekal memegang watak James Bond dalam filem From Russia with Love (1963), Goldfinger (1964), Thunderball (1965), You Only Live Twice (1967), Diamonds are Forever (1971) dan Never Say Never Again (1983).

Selain James Bond, Connery turut dikenali dengan filem hebat seperti A Bridge Too Far (1977), Highlander (1986), Indiana Jones and the Last Crusade (1989), The Hunt for Red October (1990) dan The Rock (1996).

Penampilan terakhirnya di layar perak adalah dalam filem The League of Extraordinary Gentlemen (2003).

KOMEN

Previous Post Next Post