Filem animasi berdasarkan watak seorang ejen rahsia muda, Ejen Ali The Movie kini sedia ditonton di platform penstriman terkenal, Netflix.


Filem Ejen Ali The Movie terbitan WAU Animation dan dipasarkan oleh Primeworks Studios merekodkan kutipan sebanyak RM30 juta di seluruh Malaysia sepanjang tempoh tayangannya, menjadikannya filem ketiga mencatatkan rekod kutipan paling tinggi dalam sejarah di Malaysia

Ejen Ali The Movie mengisahkan tentang kehidupan Ali sebagai ejen MATA di bandar metropolitan Cyberaya, dan satu-satunya ejen yang boleh menggunakan IRIS. Tetapi tanpa pengetahuan Ali, MATA sedang membangunkan versi terbaharu IRIS, dikenali sebagai IRIS Neo. Apabila IRIS Neo mula digunakan oleh kesemua ejen MATA, Ali mula mempersoalkan kedudukannya untuk terus kekal bersama MATA. Dalam masa yang sama, Ali dihampiri oleh watak misteri bernama Niki yang mengenali arwah ibu Ali. Apakah misteri yang disembunyikan oleh watak Niki? Jangan tunggu lagi, saksikan Ejen Ali The Movie di saluran penstriman Netflix.


KOMEN

Previous Post Next Post