Nampaknya penangan filem Mael Totey The Movie masih belum reda. Terbaharu, Mael Totey The Movie telah berjaya mengutip sebanyak RM5 juta hanya dalam masa 12 hari tayangan sahaja!

Beita berkenaan dikongsikan sendiri oleh pengarah merangkap pemegang watak utama (Mael), iaitu Syahmi Sazli di Instagram peribadinya.


Mael Totey The Movie mengisahkan tentang Mael, seorang anak muda naif yang cuba memenangi hati gadis idamannya. Dalam usahanya mempelajari Bahasa Inggeris sebagai memenuhi salah satu syarat ditetapkan oleh gadis idamannya tadi, Mael bertemu dengan Teacher, yang mana kesabarannya dan kebaikannya menjadi Mael jatuh cinta, dan mendatangkan dilema kepada dirinya. 

Selain Syahmi Sazli, Emaleen Minhad dan Aween Ismail, filem Mael Totey The Movie juga menampilkan bakat 4 orang kurang upaya (OKU) yang kerap ditampilkan oleh Syahmi dalam video Youtube terbitannya, iaitu Asif, Yoe Parey, Yatin dan Bedul.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post