Filem Roh telah terpilih mewakili Malaysia ke Anugerah Academy ke-93 (Oscars) dalam kategori International Feature Film Award yang dijadualkan berlangsung pada bulan April tahun depan.


Pengumuman tersebut dibuat oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam satu kenyataan rasmi, yang memaklumkan filem terbitan syarikat produksi Kuman Pictures Sdn Bhd itu dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas yang terdiri daripada para penggiat industri filem tempatan yang profesional dan berpengalaman.

Menurutnya, pemilihan filem Roh telah melalui proses penilaian terperinci berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan muzik, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem serta pematuhan kepada peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur Oscars.

Sebagai rekod, Finas telah mencalonkan satu karya filem tempatan sejak tahun 2004 lagi untuk bertanding di anugerah OSCARS dalam kategori International Feature Film Award kerana setiap negara diminta menghantar satu pencalonan filem tempatan terbaik untuk bertanding dalam kategori itu.

Roh merupakan sebuah filem seram yang mengisahkan tentang kemunculan seorang kanak-kanak perempuan aneh yang membawa ramalan ngeri dan kejadian aneh kepada sebuah keluarga miskin dalam hutan zaman dahulu.

Sumber dari BERNAMA

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post