Filem aksi zombie yang merupakan sambungan kepada filem Train To Busan, bertajuk Peninsula terus mengungguli takhta filem nombor 1 di Korea Selatan selepas 4 hari ditayangkan, dengan merekodkan jumlah penonton sebanyak 1 juta orang sehingga kini!

Filem Peninsula mula ditayangkan di Korea Selatan pada Rabu lalu, dan telah mencatatkan jumlah tontotan seramai 1.01 juta orang setakat pagi tadi sahaja, menurut laporan oleh Next Entertainment World Co. Jika dilihat kepada tempo jumlah penonton yang menyaksikan filem Peninsula, ianya menyamai tempo jumlah tontonan filem Ode to My Father yang ditayangkan pada tahun 2014 dan merupakan filem keempat paling mendapat sambutan di Korea Selatan, dengan rekod tontonan seramai 14.3 juta penonton .

Selain di Korea Selatan, Peninsula turut dijangka akan mencatatkan kutipan box office apabila mula ditayangkan di pawagam luar negara seperti di Taiwan, Singapura dan Malaysia bermula minggu ini.

Peninsula diarahkan oleh Yeon Sang-ho dan dibintangi oleh Gang Dong-won dan Lee Jung-hyun, dan mengisahkan tentang manusia yang berjaya menyelamatkan diri selepas 4 tahun kejadian yang berlaku dalam filem Train to Busan. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post