Filem Train to Busan yang ditayangkan pada 2016, mencatatkan rekod kutipan box office di seluruh Asia, meranapkan rekod box office di Korea Selatan dan menjadikannya filem Korea Selatan paling berjaya dalam sejarah.


Kini sambungan filem tersebut, bertajuk Peninsula akhirnya telahpun ditayangkan untuk penonton di Korea Selatan. Mengambil latar empat tahun selepas kejadian dalam filem Train To Busan, kini pengarah Yeon Sang-ho mengarahkan pula filem Peninsula yang memberikan episod baharu perjalanan filem selepas ancaman zombie dalam filem Train To Busan


Baru sahaja ditayangkan bermula 15 Julai tempohari, filem Peninsula dilaporkan telah mencatatkan kutipan sebanyak 2.93 bilion won (ataupun sekitar USD2.43 juta) hanya pada hari pertama tayangan! Pada hari kedua tayangan pula, Peninsula terus mengekalkan rekod trending nombor 1 di Korea Selatan, dengan kutipan sebanyak 1.87 bilion won (sekitar USD1.55 juta).

Filem Peninsula dibintangi oleh Gang Dong-Won (My Brilliant Life) sebagai Jung-Seok, Lee Jung-Hyun (The Battleship Island) sebagai Min-Jung, Lee Re (Witch’s Court) sebagai Joon, Kwon Hae-Hyo (The Crowned Clown) sebagai Kim Noh, Kim Min-Jae (Urban Cops), Go Kyo-Hwan, Kim Do-Yoon dan Lee Ye-Won. 

Di hari pertama tayangan sahaja pun, Peninsula telah mencatatkan fenomena baharu apabila berjaya mengambil alih takhta nombor 1 tayangan daripada filem #Alive, sebuah lagi filem zombie Korea, yang telah berada di kedudukan pertama sejak mula ditayangkan pada 24 Jun lalu. 

Disebabkan pandemik COVID-19 di Korea Selatan, semua pawagam di negara itu kini beroperasi dengan kapasiti separuh dari kapasiti sebenar. 

Peninsula mengisahkan seorang anggota tentera bernama Jung-seok, yang sebelum ini berjaya menyelamatkan diri dari ancaman zombie, namun kini terpaksa berhadapan semula dengan situasi menakutkan tersebut apabila ditugaskan dalam satu misi rahsia dengan hanya 2 objektif: menyelamatkan dan kekal selamat. Apakah beliau dan pasukannya bakal bertembung semula dengan zombie yang menakutkan? Sama-samalah kita nantikan filem Peninsula apabila ditayangkan di Malaysia nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post