Saksikan Trailer Filem Peninsula - Sambungan Filem Train To Busan


Trailer terbaharu sambungan Train To Busan, bertajuk Peninsula, telahpun diperlihatkan. Saksikan trailer filem Peninsula di bawah:



Mengambil latar empat tahun selepas kejadian dalam filem terdahulu, kini pengarah Yeon Sang-ho mengarahkan pula filem Peninsula yang memberikan episod baharu perjalanan filem selepas ancaman zombie dalam filem Train To Busan. Apabila seorang tentera bernama Jung-seok, yang sebelum ini berjaya menyelamatkan diri dalam filem terdahulu, kini terpaksa berhadapan semula dengan situasi menakutkan terseut apabila ditugaskan dalam satu misi rahsia dengan hanya 2 objektif: menyelamatkan dan kekal selamat. Apakah beliau dan pasukannya bakal bertembung semula dengan zombie yang menakutkan? Sama-samalah kita nantikan.

Filem Peninsula dibintangi oleh Gang Dong-Won (My Brilliant Life) sebagai Jung-Seok, Lee Jung-Hyun (The Battleship Island) sebagai Min-Jung, Lee Re (Witch’s Court) sebagai Joon, Kwon Hae-Hyo (The Crowned Clown) as Kim Noh, Kim Min-Jae (Urban Cops), Go Kyo-Hwan, Kim Do-Yoon dan Lee Ye-Won.


Filem Train to Busan yang ditayangkan pada 2016, mencatatkan rekod kutipan box office di seluruh Asia, meranapkan rekod box office di Korea Selatan dan menjadikannya filem Korea Selatan paling berjaya dalam sejarah. Filem Train To Busan dibintangi Gong Yoo, Jung Yu-mi, Ma Dong-seok, Choi Woo-sik, An So-hee, Kim Eui-sung, dan Kim Su-an.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post