Terlebih dahulu, tahniah kami ucapkan kepada Primework Studio dan WAU Animation atas kejayaan filem Ejen Ali The Movie tercalon untuk Anugerah Filem Animasi Terbaik di Itali pada Disember tahun ini. 



Ejen Ali The Movie telah dipilih antara barisan16 filem yang dicalonkan bertanding untuk kategori Anugerah Filem Animasi Terbaik pada edisi ke-24, Cartoons on the Bay – Pulcinella Awards yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Disember 2020 di Pescara, Itali.

View this post on Instagram

We are happy to announce the nomination of Ejen Ali the Movie in the Best Animated Feature Film category at Cartoons on the Bay - Pulcinella Awards 2020 in Pescara, Italy! 🤩🎉🎉🎉⠀ Taking place on 3rd to 5th December 2020, we are honoured for the opportunity to compete against 15 of the best animated feature films from around the world!⠀ .⠀ 🤜🏻💥🤛🏻⠀ _⠀ .⠀ Kami berbesar hati untuk mengumumkan pencalonan Ejen Ali The Movie untuk Anugerah Filem Animasi Terbaik di festival Cartoons on the Bay - Pulcinella Awards 2020, di Pescara, Itali! 🤩🎉🎉🎉⠀ Bermula 3 hingga 5 Disember ini, kami berasa bangga kerana diberi peluang untuk bertanding di kalangan 15 filem animasi terbaik dari serata dunia! ⠀ .⠀ 🤜🏻💥🤛🏻⠀ .⠀ #EjenAli #EjenAliTheMovie #CartoonsOnTheBay #aniMY

A post shared by Ejen Ali Official (@ejen_ali) on


Filem Ejen Ali The Movie merupakan kesinambungan dari kejayaan siri animasi televisyen, Ejen Ali yang mula disiarkan pada 2016. Penyenaraian filem Ejen Ali The Movie ke senarai untuk kategori tersebut telah menempatkannya sebaris dengan lebih 350 karya animasi hebat dari 20 buah negara serata dunia di dalam acara berprestij tersebut.

Festival Cartoons on The Bay mula diperkenalkan pada 1996, dengan tujuan asalnya adalah untuk mendedahkan himpunan karya animasi Itali, dan kini mula mendapat perhatian dan menjadi antara acara terpenting di dalam kalendar industri animasi kanak-kanak antarabangsa.

Panel juri antarabangsa yang terpilih untuk menilai kategori filem pada tahun ini adalah wartawan daripada pelbagai penerbitan, seperti Stefania Ulivi mewakili Corriere della Sera, Arianna Finos (La Repubblica) dan Flavio Natalia, yang juga pengarah CIAK.

Menariknya, filem Ejen Ali The Movie arahan Usamah Zaid Yasin turut mendapat pengiktirafan di peringkat Asia Tenggara apabila diberi penghormatan untuk mewakili Malaysia ke ASEAN Film Week 2020 yang akan berlangsung di tiga buah bandar di Vietnam iaitu di Hanoi, Da Nang dan Bandar Ho Chi Minh.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post