Warner Bros. Sekali Lagi Menangguhkan Tarikh Tayangan Filem Wonder Woman 1984

Selepas mengumumkan penangguhan tayangan filem terbaharu arahan Christopher Nolan, bertajuk Tenet, kini Warner Bros. telah mengumumkan pula penangguhan tarikh tayangan filem kesembilan dalam senarai filem DC Extended Universe (atau DCEU), iaitu Wonder Woman 1984. Berbanding tarikh asal iaitu pada pada 14 Ogos tahun ini, kini filem Wonder Woman 1984 dijadualkan untuk tayangan pada 2 Oktober 2020. 



Sebagai rekod, ini merupakan perubahan tarikh tayangan kelima untuk filem Wonder Woman 1984.

Filem Wonder Woman 1984 menyaksikannya berdepan dengan penjahat baharu, iaitu The Cheetah. Gal Gadot kembali melakonkan watak Diana Prince/ Wonder Woman, manakala Kristen Wiig pula tampil melakonkan watak penjahat bergelar The Cheetah. Selain itu, Chris Pine turut kembali sebagai Steve Trevor, namun tidak dapat dipastikan bagaimana watak ini akan dikembalikan semula ke layar perak, memandangkan watak berkenaan telah menemui ajal dalam filem terdahulu. 

Patty Jenkins kembali mengarahkan filem Wonder Woman 1984, manakala Jenkins, Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Stephen Jones, dan Gal Gadot bertindak sebagai penerbit.


Filem Wonder Woman 1984 pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 13 Disember 2019, sebelum ditunda ke 1 November 2019. Namun akibat penularan wabak COVID-19, filem berkenaan ditunda sekali lagi ke 5 Jun 2020, dan ditunda kali keempat ke 14 Ogos 2020. Kini, tarikh tayangan terbaharu Wonder Woman 1984 ditetapkan pada 2 Oktober 2020. Wonder Woman merupakan watak berdasarkan komik DC hasil karya William Moulton Marston.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post