Saksikan Poster Filem The Hitman's Wife's Bodyguard - Bakal Ditayangkan Pada 2021

Aktres Salma Hayek baru-baru ini ada berkongsikan poster filem terbaharunya, iaitu The Hitman's Wife's Bodyguard di Instagram peribadinya.


 Filem The Hitman's Wife's Bodyguard merupakan sambungan kepada filem The Hitman's Bodyguard (2017) dan dibintangi oleh Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson, Gary Oldman dan menampilkan Salma Hayek sebagai pelakon utama. Walau bagaimanapun, disebabkan pandemik COVID-19 di seluruh dunia, filem berkenaan sebaliknya akan ditayangkan pada tahun hadapan. 


Dalam filem The Hitman's Bodyguard, Reynolds melakonkan watak Michael Bryce, seorang bodyguard yang ditugaskan untuk melindungi seorang pembunuh upahan iaitu Darius Kincaid (Jackson), yang bakal memberikan keterangan untuk membantu satu kes di mahkamah. Hayek pula melakonkan watak isteri kepada Kincaid, bernama Sonia, yang dibebaskan dari penjara sebagai syarat untuk memastikan suaminya memberikan keterangan di mahkamah. 

Selain Reynolds, Jackson, dan Hayek, filem The Hitman's Wife's Bodyguard akan turut menampilkan Frank Grillo, Richard E. Grant, Tom Hopper, Antonio Banderas dan Morgan Freeman. The Hitman's Wife's Bodyguard diarahkan oleh Patrick Hughes, dan dijadualkan untuk tayangan pada 20 Ogos 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post