Monsta Terpaksa Menangguhkan Pelancaran Siri Terbaharu, Mechamato Akibat COVID-19


Sebelum ini, beberapa studio perfileman dan penerbitan siri TV luar negara telah mengumumkan penundaan tarikh tayangan dan penggambaran filem dan siri TV terbaharu mereka akibat wabak COVID-19. Syarikat produksi tempatan di negara kita juga turut terkesan. 


Terbaharu, Monsta mengumumkan penundaan pelancaran siri terbaharu mereka, iaitu Mechamato akibat pandemik COVID-19. Berita ini dikongsikan oleh CEO Monsta, Nizam Razak di laman Facebook peribadinya. Kenyataan penuh beliau adalah seperti di bawah :





Menurutnya, produktiviti dan prioriti tenaga kerja Monsta sedikit terganggu kerana perlu bekerja dari rumah / WFH (work from home) selama beberapa bulan. Menurutnya lagi, perancangan awal mereka adalah untuk mengeluarkan filem Mechamato pada penghujung tahun ini, kemudiannya disusuli oleh siri Mechamato. Walau bagaimanapun, disebabkan keadaan yang tidak menentu, filem Mechamato terpaksa ditunda ke tahun 2021, dan akan disusuli dengan siri Mechamato pula selepas itu.

Walau bagaimanapun, peminat BoBoiBoy boleh menarik sedikit nafas lega. Menurutnya, Monsta kini sedang dalam perancangan untuk siri BoBoiBoy baharu yang akan dikenali sebagai B.I.G. Apakah yang dimaksudkan dengan B.I.G. tersebut? Sama-samalah kita nantikan pengumuman terbaharu dari Monsta nanti. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post