Saksikan Klip Eksklusif No Time To Die - Filem Terbaharu James Bond


Filem ke-25 James Bond telahpun diberi tajuk rasmi iaitu No Time To Die dan trailer pertama filem berkenaan juga telah dikongsikan sebelum ini. Kini, satu klip eksklusif filem No Time To Die telah diperlihatkan dalam satu acara NBA All-Star baru-baru ini. Saksikan klip eksklusif tersebut di bawah :



BERKAITAN: Saksikan Trailer Pertama Filem No Time To Die - Filem Terbaharu James Bond

Barisan pelakon yang telah disahkan akan muncul dalam filem No Time To Die adalah Daniel Craig yang menyambung kembali wataknya sebagai James Bond, Ralph Fiennes sebagai M, Lea Seydoux (Spectre), Naomie Harris sebagai Moneypenny, Ben Whishaw sebagai A, di samping Rory Kinnear sebagai Tanner dan Jeffrey Wright sebagai Felix Manakala Rami Malek akan tampil sebagai watak penjahat bernama Safin dalam filem ini.

Filem No Time To Die diarahkan oleh Cary Joji Fukunaga melalui skrip nukilan Neal Purvis & Robert Wade, Scott Z. Burns dengan dibantu oleh Cary Joji Fukunaga dan Phoebe Waller-Bridge.

EON Productions dan Metro Goldwyn Mayer Studios telah bekerjasama dengan Universal Pictures untuk tayangan besar-besaran filem No Time To Die yang merupakan filem ke-25 dalam francais filem James Bond. Filem perisik berkenaan sebelum ini, bertajuk Spectre telah ditayangkan pada 16 November 2015 dan mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak USD880.7 juta di seluruh dunia.

Filem No Time To Die akan ditayangkan di pawagam pada 3 April 2020

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post