Saksikan Trailer Filem Animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal 


Filem ketiga Les 'Copaque Production Sdn. Bhd. bertajuk Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal kini telah siap dan dijadualkan untuk tayangan pada Mac 2019. Trailernya juga boleh ditonton dan dilihat di bawah :


Kisahnya bermula apabila Upin, Ipin, dan kawan-kawan mereka terjumpa keris mistik di stor Tok Dalang yang membuka portal dan membawa mereka terus ke sebuah kerajaan. Semasa cuba mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka tiba-tiba mendapat tugas untuk memulihkan kembali kerajaan tersebut ke zaman kegemilangannya. Dengan bantuan watak-watak dari kisah dongeng dan cerita rakyat Malaysia seperti Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan kawan-kawannya mesti mengatasi beberapa halangan yang ditempuhi sepanjang pengembaraan tersebut, penuh dengan aksi lucu dan sakti.


Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal menampilkan pelakon suara seperti Asyiela Putri, Ahmad Mawardi, Mohd Amir Asyraf, dan Ernie Zakri. Filem animasi ini diarahkan oleh Ahmad Razuri Roseli, Adam Amiruddin, dan Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim.

Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal telah dijadualkan untuk tayangan pada 21 Mac 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post