Garis Masa Bagi 22 Filem Pertama Marvel Diberikan Nama Rasmi


Presiden Marvel Studios, Kevin Feige telah mengumumkan nama rasmi kepada rantaian filem Marvel Cinematic Universe yang akan dirangkumkan sehingga filem Avengers: Endgame.


Memetik kenyataan Feige dalam satu temubual bersama majalah Empire, Feige menggelarkan garis masa 11 tahun yang merangkumi 22 filem itu, dimulakan dengan filem Iron Man pada 2008 dan berakhir dengan filem Avengers: Endgame pada bulan depan, sebagai "Infinity Saga.

Ini sudah tentunya merujuk kepada jalan cerita Batu Infiniti, yang mana ditampilkan dalam filem Avengers: Infinity War, yang menyaksikan kemusnahan separuh hidupan galaksi dengan hanya satu petikan jari oleh Thanos, selepas berjaya melengkapkan Infinity Gauntlet dengan kesemua Batu Infiniti.

Apabila ditanya tujuan menamakan siri filem Marvel tersebut, Feige berkata :

“We wanted to bring to a conclusion a series of movies in a way that had never been done before,” Feige explained to Empire Magazine. “Harry Potter had an ending because there were only so many books. Lord of the Rings too. But we thought, 22 movies in, wouldn’t it be fun to bring some finality to the storyline?”

Marvel membuktikan tahun lepas yang mereka bersedia untuk 'mengorbankan' watak-watak komik terkenal mereka, dan dengan pengumuman terbaru ini yang menyatakan berakhirnya satu era, maka kita nantikan sahaja pengumuman terbaru untuk siri filem seterusnya dari Marvel Studios.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post