Godzilla Menentang King Ghidorah Dalam Trailer Terbaru Filem Godzilla: King Of The Monsters

Dalam filem Godzilla (2014) arahan Gareth Edwards, penonton terpaksa menunggu agak lama sebelum Godzilla muncul dalam filem berkenaan. Walaupun ianya pertaruhan yang berisiko, ianya mampu memaksa penonton 'melekat' di layar dan menantikan kemunculan raksasa itu di layar perak.



Kini, filem sambungan Godzilla, iaitu filem Godzilla: King Of The Monsters, bukan hanya menampilkan raksasa itu, tetapi tiga lagi raksasa ikonik yang akan menentang Godzilla, Mothra, Rodan dan raksasa berkepala tiga, King Ghidorah yang akan membawa kehancuran dan huru-hara. Saksikan trailer terbaru filem Godzilla: King Of The Monsters di bawah :



Ditampilkan juga adalah poster terbaru filem tersebut, dan gambar pegun yang menyaksikan Godzilla berhadapan dengan King Ghidorah.



Filem Godzilla: King Of The Monsters diarahkan oleh arahan Michael Dougherty dan merupakan filem terbaharu dalam siri monster-verse Warner Bros., sebagai kesinambungan dari filem Godzilla (2014) dan Kong: Skull Island.

Filem Godzilla: King Of The Monsters dijadualkan untuk tayanham pada 31 Mei 2019, manakala filem Godzilla Vs. Kong arahan Adam Wingard pula dijangka akan menyusul pada 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post