Saksikan Gambar Terbaru Jaeger Dalam Filem Pacific Rim Uprising!



Hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum filem Pacific Rim Uprising akan ditayangkan, dan kini ditampilkan beberapa gambar terbaru robot Jaeger yang akan muncul dalam filem tersebut. Saksikan melalui galeri gambar di bawah :

...

John Boyega (Star Wars: The Force Awakens) membawakan watak Jake Pentecost, seorang pemandu Jaeger yang merupakan anak kepada Marshal Pentecost yang dalam filem sebelum ini telah mengorbankan nyawanya untuk memastikan keselamatan manusia sejagat daripada ancaman raksasa “Kaiju.”

Jake berganding bahu bersama-sama pemandu berbakat, Lambert (dibawakan oleh Scott Eastwood yang tampil sebelum ini dalam filem Fate of the Furious) dan Jaeger hacker berusia 15 tahun bernama Amara (dibawakan oleh Cailee Spaeny). Bangkit bersama untuk menjadi barisan pertahanan terkuat di dunia, mereka akan membawakan pengembaraan terbaru dalam usaha menewaskan ancaman terbaru yang datang.

Pacific Rim Uprising diarahkan oleh Steven S. DeKnight. Filem Pacific Rim Uprising akan ditayangkan di pawagam pada 23 Mac 2018.


Sumber SuperheroHype

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post