Trailer Dan Poster Pertama Filem The Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald Diperlihatkan!


Warner Bros. Pictures telah memperlihatkan poster filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald seperti mana gambar di atas. Turut diperlihatkan adalah trailer pertama filem berkenaan yang boleh dilihat di bawah :


Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald merupakan filem kedua daripada lima pengembaraan baru dalam Wizarding World J.K. Rowling. Filem ini dibintangi oleh Eddie Redmayne sebagai Newt Scamander, di samping Katherine Waterston, Dan Fogler, Alison Sudol, dan Ezra Miller. Turut membintangi filem berkenaan adalah Claudia Kim, Zoe Kravitz, Callum Turner, dengan Jude Law sebagai Dumbledore dan Johnny Depp yang akan membawakan watak Grindelwald.

Di akhir filem pertama, dark wizard yang hebat iaitu Gellert Grindelwald (Depp) telah ditangkap oleh MACUSA (Magical Congress of the United States of America), dengan dibantu oleh Newt Scamander (Redmayne). Tetapi Grindelwald berjaya meloloskan diri dan telah mengumpulkan pengikut-pengikutnya, dengan agenda utama untuk mengangkat wizard berdarah pure-blood untuk menguasai semua hidupan bukan magikal.

Dalam usaha menggagalkan rancangan Grindelwald, Albus Dumbledore (Law) meminta bantuan bekas anak muridnya, Newt Scamander, yang bersetuju untuk membantu, namun tidak sedar tentang bahaya yang menanti mereka.

Filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald diarahkan oleh David Yates, dengan lakon layar daripada J.K. Rowling, dan produser David Heyman, J.K. Rowling, Steve Kloves dan Lionel Wigram.

Filem ini dijadualkan untuk tayangan pada 16 November 2018.


Sumber Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post