Penggambaran Indiana Jones 5 Akan Dimulakan Pada April 2019



Selepas mengumumkan penghasilan filem Indiana Jones 5, pengarah Steven Spielberg mengumumkan yang penggambaran filem kelima Indiana Jones itu akan dimulakan pada April 2019 di UK!

Menurut Spielberg,


“It’s always worth the trip when I get to work with this deep bench of talent coming out of the UK. The actors, and the crew, the chippies, the sparks, the drivers — everybody who has helped me make my movies here, and will continue helping me make my movies here when I come back in April 2019 to make the fifth Indiana Jones movie right here”.


Dijadualkan untuk tayangan pada 20 Julai 2020, filem Indiana Jones 5 menemukan kembali Spielberg dan Harrison Ford yang akan membawakan kembali watak ikonik berkenaan. Watak ahli arkeologi dan penjelajah, Indiana Jones diperkenalkan pada tahun 1981 dalam filem Raiders of the Lost Ark – salah satu daripada senarai 100 Greatest American Films of All Time – dengan sambungannya turut mendapat sambutan menggalakkan iaitu Indiana Jones and the Temple of Doom (1984), Indiana Jones and the Last Crusade (1989), dan Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull (2008). Semua keempat-empat filem ini telah mencatat kutipan sebanyak hampir USD2 billion.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post