Adi Putra Dipilih Untuk Membawakan Watak Pahlawan Mat Kilau

Penghasilan filem Mat Kilau telah diperkatakan sejak sekian lamanya, namun tidak pernah menjadi menyataan. Kini, Studio Kembara mengorak langkah sendiri untuk membawakan kisah pahlawan Melayu itu ke layar perak. 



Pengarah filem Munafik, iaitu Syamsul Yusof akan mengarahkan filem Mat Kilau, dengan pelakon Datuk Adi Putra dilaporkan akan membawakan watak pahlawan tersohor itu. 

Memetik laporan Cinema.com.my, Syamsul menyatakan :

"Kenapa pilih orang luar untuk melakonkan watak pahlawan legenda Melayu dari Malaysia?", antara soalan yang ditanyakan kepada pengarah tersebut dalam sesi sidang media sempena pelancaran rasmi filem tersebut di Dataran Karyawan FINAS baru-baru ini.

"Saya hanya mementingkan pelakon yang benar-benar layak sahaja," balas Syamsul, yang menambah beliau percaya Adi Putra merupakan calon paling sesuai untuk membawakan watak tersebut. 

Pelakon kelahiran Singapura itu turut menambah yang kini dia telahpun memegang kad pengenalan biru dan akan mula menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada tahun ini. 

Mat Kilau merupakan salah seorang pahlawan hebat di zaman dahulu. Lahir pada tahun 1847 di Pahang, beliau disanjung kerana keberaniannya menentang penjajah British sebelum merdeka.

Turut tampil dalam filem berkenaan ialah Fattah Amin sebagai Awang, Beto Kusyairy sebagai Wahid, Johan As'ari sebagai Yasin, A. Galak sebagai Pak Deris, pelakon baru Ali Karimi sebagai Berahim, dan Farid Amirul dan Nadiya Nisaa yang masih belum disahkan watak yang akan dimainkan.

Pelakon Indonesia, Yayan Ruhian ("Star Wars: The Force Awakens", "Beyond Skyline", "The Raid") akan bertindak sebagai perunding koreografi aksi perlawanan, di samping turut berlakon dalam filem itu nanti.

Filem epik ini dijadualkan akan memulakan penggambaran pada bulan April ini di Pahang. Dengan bajet sebanyak RM5 juta, filem Mat Kilau dijangka akan selesai penggambaran dalam tempoh 2 bulan. 


Sumber dari Cinema.com.my

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post