Filem Baru Dwayne Johnson, Red Notice Bakal Ditayangkan Jun 2020

Universal Pictures telah mengumumkan yang tarikh tayangan filem terbaru Dwayne Johnson, bertajuk Red Notice akan ditayangkan pada 12 Jun 2020.


Dalam filem tersebut, Dwayne Johnson bekerjasama semula dengan penulis/ pengarah filem Central Intelligence, Rawson Marshall Thurber, memgetuai barisan pelakon Red Notice. Sebelum ini, mereka turut bekerjasama dalam filem Skyscraper.

Johnson melakonkan watak agen Interpol yang ditugaskan untuk menangkap pencuri hasil seni paling dikehendaki di dunia. “Red Notice” merujuk kepada notis paling tinggi dan paling serius dalam senarai Interpol (ada 8 kesemuanya) dan melibatkan penahanan penjenayah paling dikehendaki.

Red Notice akan diedarkan oleh Universal Pictures. Sementara itu, Dwayne Johnson boleh dilihat di layar perak apabila filemnya nanti, Rampage ditayangkan pada 13 April 2018, dan Skyscraper pada 13 Julai 2018.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post