'Terima Kasih Malaysia!' - Ucapan The Rock Buat Penonton Filem Jumanji Di Malaysia Teruja!


Pelakon utama filem Jumanji: Welcome to the Jungle, Dwayne 'The Rock' Johnson, telah memuat naik beberapa siri video ke akaun Instagramnya, untuk mengucapkan terima kasih di atas sambutan luar biasa penonton terhadap filem tersebut, menurut laporan portal berita Astro Awani.

Antara negara yang menerima penghargaan daripada bekas ahli gusti WWE itu ialah Mexico, Indonesia, Perancis dan tidak ketinggalan, Malaysia.

Dalam video itu, The Rock mengakui cukup terharu apabila Jumanji yang baru memasuki minggu kedua tayangan di negara ini, telah berjaya disenaraikan sebagai filem ketiga terlaris di sini.


"Malaysia, anda punya tempat istimewa di hati saya, sejak saya memulakan kerjaya dalam arena gusti lagi. Antara kenangan manis yang saya kenang sehingga hari ini adalah bertarung dengan lawan di Kuala Lumpur.

"Saya sangat berterima kasih dan teruskan menikmati Jumanji," kata The Rock dalam video itu.

Biarpun berdepan saingan sengit daripada Star Wars: The Last Jedi, ia dilaporkan Jumanji, setakat 22 Disember, telah mencatat kutipan lebih RM19 juta sejak mula ditayangkan 14 Disember lalu.

Kami masih berkesempatan menonton filem ini, tetapi daripada apa yang dilaporkan, seperti ada nafas baru berbanding filem terdahulu.

Pandangan anda, macam mana?

No comments:

Powered by Blogger.