A Series of Unfortunate Events Musim Kedua Akan Mula Ditayangkan Di Netflix Bermula 30 Mac Ini



Netflix memulakan tahun 2018 dengan menampilkan teaser pertama siri A Series of Unfortunate Events bagi musim kedua, wyang akan ditayangkan pada 30 Mac ini.

Berdasarkan siri buku terkenal oleh Lemony Snicket (aka Daniel Handler), siri kedua terbitan asal Netflix ini merupakan siri pengembaraan terkini dalam dunia epik siri komedi misteri yang merupakan latar kepada cerita ini. Daripada produser eksekutif yang juga pemenang Anugerah Emmy, Barry Sonnenfeld dan Daniel Handler – musim terbaru A Series of Unfortunate Events terdiri daripada 10 episod berdurasi 1 jam, dan ditayangkan secara eksklusif melalui Netflix.



Dibintangi pemenang Anugerah Emmy dan Anugerah Tony, Neil Patrick Harris, A Series of Unfortunate Events menceritakan kisah tragik adik-beradi yatim piatu Baudelaire – Violet, Klaus, dan Sunny – dan hubungan mereka dengan Count Olaf yang cuba menguasai harta pusaka mereka. Mereka sedaya upaya mematahkan cubaan dan rancangan untuk membolot harta pusaka keluarga mereka, di samping cuba merungkai misteri kematian ibubapa mereka, kaitannya dengan organisasi rahsia, dan rahsia di sebalik harta milik keluarga mereka. 



Malina Weissman, Louis Hynes, Presley Smith, Patrick Warburton dan K. Todd Freeman akan kembali untuk musim kedua ini, di samping pelakon-pelakon seperti Lucy Punch, Nathan Fillion, Tony Hale, Sara Rue dan Roger Bart.




No comments:

Powered by Blogger.