Tarikh Tayangan Filem Deadpool 2 Ditukar Kepada 18 Mei 2018


The Hollywood Reporter melaporkan beberapa perubahan pada tarikh tayangan filem terbitan 20th Century Fox. Filem Deadpool 2, dilewatkan 2 minggu dari tarikh tayangan asal daripada 1 Mei kepada 18 Mei 2018. Filem Deadpool 2 kini berkongsi tarikh tayangan yang sama dengan filem Slender Man, dan seminggu lebih awal dari filem Solo: A Star Wars Story.



Ryan Reynolds menyambung wataknya sebagai Merc with a Mouth si samping Zazie Beetz sebagai mutant Domino, Josh Brolin sebagai Cable, Jack Kesy (The Strain, Baywatch) yang akan membawakan watak penjahat utama filem berkenaan yang masih lagi belum disahkan, tetapi khabar angin mengatakan wataknya ialah sebagai mutant Black Tom Cassidy. Aktres Jepun, Shioli Kutsuna dan pelakon Julian Dennison (Hunt for the Wilderpeople) juga turut tersenarai dalam filem berkenaan, tetapi watak mereka masih lagi kekal misteri. 

No comments:

Powered by Blogger.