Tarikh Tayangan Filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 Ditetapkan Pada Tahun 2020

Sebelum ini, pengarah, James Gunn hanya memberikan bayangan awal yang filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 akan ditayangkan pada tahun 2020, dan kini, ianya telahpun rasmi. Melalui satu tweetnya semalam, pengarah tersebut mengesahkan yang filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 akan ditayangkan pada tahun 2020.



Ini bermakna yang Guardians of the Galaxy akan muncul di pawagam selama empat tahun berturut-turut. Mereka telah muncul pada 2017 dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 2, dan mereka akan kembali dalam filem Avengers: Infinity War pada Mei ini, seterusnya dalam filem Avengers 4 pada 2019, dan akhirnya dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 pada 2020.

Filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 yang membariskan pelakon-pelakon seperti Chris Pratt sebagai Star-Lord, Zoe Saldana sebagai Gamora, Dave Bautista sebagai Drax, Vin Diesel sebagai suara watak Groot, Bradley Cooper sebagai suara watak Rocket, Michael Rooker sebagai Yondu, dan Karen Gillan sebagai Nebula, dengan penampilan khas Kurt Russell sebagai Ego the Living Planet, telah mencatatkan kutipan sebanyak USD863.7 juta di seluruh dunia, memecahkan rekod kutipan terdahulu sebanyak USD773.3 juta.

No comments:

Powered by Blogger.