Pra-jualan tiket filem Marvel terbaru, Black Panther sedang berjalan, dan Fandango melaporkan yang ianya telah mencatatkan rekod baru untuk filem Marvel Cinematic Universe yang mencatatkan rekod pra-jualan tertinggi dalam tempoh 24 jam! Ianya telah mengalahkan pemegang rekod terdahulu, iaitu filem Captain America: Civil War



Filem terbaru Marvel Studios berkenaan menyambung semula kisah T’Challa, atau Black Panther,  yang kembali semula ke Wakanda selepas kematian bapanya, untuk menjadi Raja Wakanda dan menyambung tugas yang ditinggalkan bapanya. Tetapi apabila musuh yang kuat kembali mengganggu keamanan Wakanda, maka terserah kepada T’Challa untuk menjalankan tugasnya sebagai raja - dan Black Panther untuk mempertahankan negaranya daripada ancaman tersebut. 

Black Panther dibintangi oleh Chadwick Boseman sebagai T'Challa/ Black Panther, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker dan Andy Serkis.

Filem ini diarahkan oleh Ryan Coogler dengan Kevin Feige, Louis D’Esposito, Victoria Alonso, Nate Moore dan Jeffrey Chernov sebagai penerbit, manakala Stan Lee sebagai penerbit eksekutif. 

Black Panther akan ditayangkan di pawagam pada 16 Februari 2018.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post