Marvel Mengambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyalahgunaan Logo Tengkorak Punisher

Marvel sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana entiti perniagaan yang menggunakan logo tengkorak Punisher tanpa kebenaran.



Frank Castle sememangnya dikenali dengan logo ikonik tengkoraknya, dan telah digunakan sejak pengenalan watak berkenaan pada tahun 1974. Castle menjadi terkenal sebagai watak anti-villain dalam dunia superhero Marvel dan pernah bertembung dengan nama-nama besar seperti Wolverine, dan logo tengkoraknya menjadi terkenal seperti mana watak Frank Castle/ The Punisher itu sendiri.



Antara produk-produk yang dikenalpasti menyalahgunakan logo berkenaan termasuklah peralatan alatganti motorsikal dan minuman keras. Tidak terkecuali termasuklah barangan yang diinspirasikan daripada penembak tepat (sniper) tentera, Chris Kyle, yang menjadi fokus dalam filem American Sniper, yang diketahui menggunakan logo tengkorak Punisher sebelum kematian tragisnya.

Langkah ini sememangnya bertepatan, apatah lagi dengan siri TV Netflix Punisher yang memperkenalkan latar belakang watak berkenaan, dan sudah tentu Marvel cuba mengawal dengan lebih ketat terutamanya melibatkan hak barangan eksklusif watak berkenaan.

Chris Kyle (American Sniper) sebelum ini turut menggunakan logo tengkorak, dan tentera-tentera yang berjuang menentang ISIS di Tikrit turut menggunakan logo berkenaan di jaket kalis peluru mereka, dan menjadi simbol harapan kepada mereka. Marvel sudah pastinya berdepan kesukaran memenangi tuntutan undang-undang berkenaan, tetapi langkah ini sudah tentu menjadi amaran buat sesiapa yang berhasrat untuk menyalahgunakan logo berkenaan di masa akan datang.

No comments:

Powered by Blogger.