Pelakon utama filem terbaru Hellboy, David Harbour mengesahkan yang filem berkenaan baru sahaja menjalani penggambaran.



Berdasarkan siri komik Dark Horse karya Mike Mignola sejak 1993, Harbour akan mengenakan cat badan berwarna merah dan sepasang tanduk untuk membawakan watak Anung Un Rama. Mulanya dikatakan diberi tajuk Hellboy: Rise of the Blood Queen, filem ini kemudiannya hanya dikenali dengan tajuk Hellboy sahaja(buat masa ini). Walaupun plot filem ini masih disimpan rapi, namun hakikat yang filem ini telah selesai penggambaran, memungkinkan informasi terkini filem ini akan diketahui tidak lama lagi.



Filem ini dijadualkan untuk tayangan pada Januari 2019 nanti, dan apabila ditayangkan nanti, bermakna telah lebih sedekad watak-watak dari filem terdahulu tidak muncul di layar perak.

Selepas Guillermo del Toro mengarahkan filem Hellboy (2004) dan Hellboy II: The Golden Army (2008), ada cakap-cakap yang mengatakan Ron Perlman akan kembali membawakan watak Hellboy. Walau bagaimanapun, Mignola dikhabarkan ingin bermula dari awal semula dan mahukan pelakon lain pula untuk memainkan watak berkenaan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post