Game of Thrones Kekal Sebagai Siri TV Paling Banyak Dicetak Rompak Tahun 2017

Siri TV Game of Thrones terbitan HBO kekal sebagai siri TV paling banyak dicetak rompak tahun 2017, untuk tahun keenam berturut-turut, mengalahkan siri TV lain seperti The Walking Dead dan The Flash.



Jumlah yang direkodkan ini sudah tentunya hasil daripada jumlah-jumlah muatturun tidak sah, saluran penstriman dan lain-lain saluran tayangan tidak sah yang ditonton oleh orang ramai untuk siri TV berkenaan. Sejak mula ditayangkan lagi, siri TV Game of Thrones telah mencatatkan rekod tertinggi untuk tontonan tidak sah, dan untuk tahun 2017 juga masih tiada beza.

Menurut laman muat turun Torrentfreak, ini merupakan tahun keenam berturut-turut siri TV ini mengungguli takhta siri TV paling banyak dicetak rompak. Kedudukan kedua adalah siri TV The Walking Dead, dengan The Flash berada di kedudukan ketiga.

No comments:

Powered by Blogger.