Selepas merekodkan kutipan sebanyak $65 juta walaupun baru ditayangkan, sambungan filem Teenage Mutant Ninja Turtles secara rasminya akan dihasilkan. Menurut Deadline, filem baru itu telahpun dalam pembangunan dan dijadualkan untuk tayangan pada 3 Jun 2016.



Filem Teenage Mutant Ninja Turtles mengejutkan ramai pengkritik filem apabila kutipan filem berkenaan tidaklah mengecewakan, malah berjaya memungut kutipan yang banyak dalam tempoh masa tayangan yang singkat. Ia juga mengalahkan filem Guardians of the Galaxy, yang mencatatkan kutipan USD43 juta di minggu kedua tayangannya di pawagam.

Seperti kebiasannya juga, masih belum ada plot terperinci mahupun senarai rasmi pelakon yang akan membintangi filem ini. Dan masih juga belum jelas adakah Jonathan Liebsman akan kembali mengarahkan filem ini ataupun tidak.


Sumber dari TheVerge

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post